Tuesday, 13 September 2011

Satu Hari Di Hari Raya




          Bergema suara takbir di tabir fajar. Syawal menjelma lagi. Saya berasa sayu kerana bulan Ramadhan meninggalkan kami tetapi saya juga gembira kerana kami akan menyambut Eid Mubarak. Bapa saya pergi ke kolong blok berdekatan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Setelah bapa saya pulang kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Selepas itu kami berkunjung ke rumah Nani dan Atok. Di sana saya berjumpa dengan sepupu-sepupu saya iaitu Kakak Lydia, Abang Fairuz dan Hyder. Kira-kira jam 2 petang kami berangkat ke rumah nenek dan atok. Di sana saya berjumpa dengan sepupu saya Nazurah. Nazurah sangat comel berbaju kurung. Di sana ada berjenis makanan dan kuih muih. Kuih kegemaran saya adalah kek tapak kuda.
         Sebelum kami mengunjungi saudara-mara yang lain, kami mengambil gambar keluarga kami. Saya sangat gembira pada hari itu. Saya harap Ramadhan dan Syawal akan menjeima lagi pada tahun hadapan. :-)